Semalam tular beberapa foto yang memaparkan 5 buah motosikal kehilangan tayar dan rim di stesen KTM Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Menurut laman Facebook Penang Kini, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pagi tadi Selasa, 7 April 2020.
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
Agak mendukacitakan kerana ‘si penyamun’ ini mengambil kesempatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemua motosikal yang hilang tayar dan rim itu adalah dari jenis kapcai, kebanyakannya Yamaha LC135.
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
Namun, ada beberapa komen daripada warganet yang simpati dan berhati mulia yang sanggup untuk ‘mendermakan’ set tayar dan rim Yamaha LC135 milik mereka kepada mangsa. Ada juga yang menawarkan khidmat lori secara percuma untuk mengangkut motosikal yang terlibat untuk dihantar ke kedai berhampiran.
Kami berharap kes ini dapat diselesaikan pihak polis dengan segera memandangkan di kawasan tersebut ada kamera litar tertutup (CCTV). Semoga ‘si penyamun’ ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Penang Kini
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
KOMEN TERKINI