ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng Gojek kumpul duit tanggung kos perjalanan Shamsurbahrin ke Jakarta

Berita Global

Views

Bernama melaporkan, lebih 400 orang pemandu Gojek telah mengadakan satu demonstrasi aman di luar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam. Kumpulan ini turut mengumpul wang bagi membiayai perbelanjaan pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail ke Jakarta.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Mereka berkumpul secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia. Baru-baru ini satu rakaman video Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia tular di negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Jurucakap pemandu Gojek, Theresia Ismiyanti berkata mereka mahu Shamsubahrin ke Jakarta dan memohon maaf secara terbuka kepada pemandu Gojek. Mereka turut mengumpul wang sesama mereka untuk diberikan kepada Shamsubahrin bagi membiayai kos perjalanannya ke Jakarta nanti.

Pada 30 Ogos lalu, Gabungan Aksi Roda Dua Indonesia (Garda) menyatakan penerimaan permohonan maaf mereka terhadap kenyataan Shamsubahrin itu. Ketua Garda, Igun Wicaksono berkata mereka telah mengemukakan “surat pernyataan” itu diserahkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Jakarta, dalam pertemuan bersama pegawai kedutaan yang diketuai Atase Polis Malaysia di Indonesia, Abu Bakar Yaacob.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply