ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear raikan Ulang Tahun ke-125 dengan pelancaran tayar baharu pada September ini

Berita Tempatan

Views

Pengeluar tayar premium terkemuka, Goodyear bakal menyambut Ulang Tahunnya yang ke-125 dengan pelancaran tayar inovatif terbaharu yang akan berada di pasaran pada September 2023.

Tayar yang serba canggih ini telah direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dan memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan dari segi prestasi, ketepatan, dan keselamatan.

Pelancaran barisan produk terbaharu ini membuktikan komitmen Goodyear yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan bersama visi mereka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan untuk semua pemandu Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Selain pelancaran ini, Goodyear turut menjemput pelanggan untuk sertai mereka dalam perjalanan yang eksklusif untuk meneroka sejarah evolusi tayar yang telah menjangkau 125 tahun.

Dalam siri dokumentari tujuh bahagian yang bertajuk “Goodyear: 125 Years in Motion“, pelanggan boleh menyaksikan dedikasi syarikat yang sentiasa melangkaui sempadan inovasi.

Segala pencapaian dan kejayaan yang telah menempatkan Goodyear dalam posisi sebagai peneraju industri akan diperincikan dalam dokumentari tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Goodyear Malaysia telah menubuhkan kilang pembuatannya di Shah Alam pada 1972. Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, meluahkan perasaan bangga akan pengiktirafan Malaysia sebagai pasaran yang semakin penting dalam dunia automotif.

Peranan Malaysia sebagai sebahagian daripada keluarga Goodyear di mana perjalanan perniagaan diharungi bersama-sama telah mengukuhkan lagi reputasi syarikat dan kecemerlangan produk di seluruh negara.

Katanya, dengan pemahaman mendalam tentang pasaran tempatan sejak 1972, Goodyear Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan pengguna tempatan dan telah menyediakan tayar berkualiti tinggi yang mengutamakan prestasi, ketahanan, dan keselamatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan Goodyear dalam evolusi tayar melalui siri dokumentarinya, sila layari PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply