ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had penumpang ikut kapasiti kenderaan bermula esok – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat pemilik kenderaan persendirian! Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan peraturan empat orang dalam satu kereta yang akan berkuat kuasa esok 27 Mei.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Katanya, di bawah peraturan baharu, jumlah penumpang di dalam sebuah kenderaan akan bergantung pada kapasiti kereta seperti yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jelas Ismail Sabri, sebuah kereta persendirian dengan kapasiti empat orang, hanya membenarkan seorang pemandu dengan tiga penumpang di dalam kereta yang sama, sementara MPV boleh membawa sehingga tujuh orang penumpang.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Ini selepas kerajaan telah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 6) (Pindaan) 2020. Walaubagaimanapun, beliau berkata, syarat lain yang telah ditetapkan adalah pemandu dan penumpang mesti daripada ahli keluarga yang tinggal di kediaman yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply