ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelancaran roket SpaceX membawa dua angkasawan ke ISS ditunda ke 30 Mei

Berita Global

Views

Hasrat jutaan rakyat negara Uncle Sam untuk melihat pelancaran roket SpaceX yang membawa dua angkasawan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) terbantut seketika kerana ia terpaksa ditangguhkan ke 30 Mei ini akibat cuaca buruk.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Roket SpaceX yang membawa kapsul kru Dragon sepatutnya dilancarkan melalui Pad Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy dan ia dikendalikan oleh dua angkasawan NASA, Bob Behnken dan Doug Hurley, menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Pelancaran itu tetap akan diteruskan meskipun terdapat arahan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19. Kedua-dua angkasawan tersebut telah menjalani tempoh kuarantin sejak dua minggu lalu. Misi kali ini menandakan percubaan kali pertama angkasawan Amerika dibawa ke angkasa lepas menerusi tanah air mereka sendiri sejak 9 tahun lalu.

Sebelum ini angkasawan negara tersebut terpaksa menumpang roket Soyuz Rusia untuk ke ISS. Difahamkan, agensi angkasa negara berkenaan membayar lebih AS$3 bilion (RM13 bilion) untuk SpaceX, mencipta, membina, menguji dan mengendalikan kapsul guna semula untuk enam perjalanan pergi dan balik. Detik bersejarah tersebut turut disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Florida.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit NASA – National Aeronautics and Space Administration

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply