ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak mentah jatuh di bawah AS$33 setong

Berita Global

Views

Berita Harian melaporkan, harga minyak jatuh lebih dua peratus di dagangan Asia hari ini berikutan perang antara pengeluar utama, Arab Saudi dan Russia serta peningkatan kebimbangan pandemik COVID-19 akan mencetuskan kemelesetan global.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

West Texas Intermediate susut di bawah AS$31 setong, sementara minyak mentah Brent merosot 2.1 peratus di bawah AS$33 setong berikutan kejatuhan besar semalam. Kejatuhan turut dicatatkan pasaran saham Asia melanjutkan kelemahan global berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai impak virus terhadap ekonomi dunia.

Pasaran minyak mentah menjunam minggu ini selepas pengeksport terbesar Riyadh memulakan perang harga dengan Russia di tengah-tengah untuk mengurangkan output bagi menyokong sektor tenaga yang terjejas oleh penularan virus.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Kini penularan wabak virus itu menambahkan lagi tekanan penurunan kerana kebimbangan mengenai kemelesetan global menjejaskan tinjauan bagi permintaan meskipun Arab Saudi meningkatkan pengeluaran untuk menguasai pasaran.

Langkah kecemasan oleh bank pusat AS semalam juga gagal untuk meredakan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi daripada wabak itu, dengan beberapa saham berdepan kejatuhan terburuk dalam dekad dan harga minyak mentah terus menurun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply