ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah berminggu tak dibaiki, Arnold Schwarzenegger ‘palam’ sendiri lubang jalan

Tular

Views

Bekas hero filem The Terminator, Arnold Schwarzenegger menampal lubang di atas jalan raya dengan menggunakan kudratnya di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) semalam, lapor portal berita New York Post.

Schwarzenegger, 75, bertindak demikian pada lubang besar yang tidak dibaiki dan telah ‘mengganggu’ kawasan kejiranannya selama berminggu-minggu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Bekas Gabenor California itu berkongsi video di laman Twitter yang menunjukkan dia dan dua lelaki lain menggunakan konkrit berbungkus untuk membaiki jalan di kawasan Brentwood di samping beberapa lagu yang dimasukkan.

“Hari ini (Selasa), selepas seluruh kawasan kejiranan kecewa dengan jalan berlubang gergasi ini yang merosakkan kereta dan basikal selama berminggu-minggu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Saya keluar bersama pasukan saya dan membetulkannya. Saya selalu berkata, jangan mengeluh, mari kita lakukan sesuatu mengenainya,” ciap Schwarzenegger.

Lelaki itu memakai kasut but kerja dan jaket kulit ketika melakukan kerja-kerja menampal jalan raya tersebut.

Penduduk Brentwood dilaporkan telah membuat permintaan berulang kali untuk kerja-kerja pembaikan sejak ribut musim sejuk melanda sebelum ini sehingga menyebabkan jalan raya berlubang dan retak. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply