ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim E-hailing sertai pameran kerjaya anjuran Perkeso

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Maxim E-hailing telah menyertai pameran kerjaya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Dewan Persatuan Cina Bersatu Wisma, Sibu.

Tujuan utama penganjuran pameran kerjaya ini ada untuk mengurangkan bilangan pengangguran di Malaysia, dengan menawarkan peluang untuk para pencari kerja yang berada di sekitar bandar Sibu.

Bukan sahaja perkhidmatan e-hailing, terdapat beberapa perkhidmatan lain ditawarkan seperti penghantaran dan lori untuk kargo.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Semasa sesi dijalankan, wakil dari Maxim akan memberikan segala infomasi dan maklumat kepada peserta tentang cara syarikat beroperasi dan perkhidmatan yang tersedia kepada pengguna.

Pihak Maxim juga berkongsi maklumat tentang pelbagai keperluan undang-undang dan dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran dan faedah yang diberikan oleh Maxim E-hailing kepada penyedia perkhidmatannya.

Lebih menarik lagi, terdapat beberapa peserta yang bersemangat untuk menyertai Maxim dan bersedia dengan dokumen yang diperlukan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Selain itu, peserta juga ditawarkan dengan pakej penjenamaan kereta yang menarik, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada peserta untuk memperoleh wang tambahan malah mendapat beberapa populariti Maxim itu sendiri.

Menurut salah seorang peserta, setakat ini pekerjaan yang ditawarkan oleh Maxim adalah fleksibel dengan pendapatan tidak terhad.

Maxim E-hailing amat amat menghargai usaha wakil-wakil yang menyertai pameran tersebut, serta semua yang datang bagi menyokong pihaknya.

Syarikat itu komited untuk menyertai lebih banyak acara awam seperti ini untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk bakal peserta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply