ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Eletre tiba di Malaysia – Tiga pilihan varian, harga dari RM578,000

Berita Tempatan

Views

Lotus Cars Malaysia siang tadi secara rasminya melancarkan SUV elektrik berprestasi tinggi (Hyper-SUV) sulungya, Eletre ke pasaran Malaysia. Eletre didatangkan dalam tiga pilihan varian.

Berikut adalah pilihan varian dan senarai harga (harga di atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan untuk Semenanjung Malaysia):

  • Eletre – RM578,000
  • Eletre S – RM648,000
  • Eletre R – RM798,000

Enam pilihan warna ditawarkan iaitu Natron Red, Galloway Green, Stellar Black, Blossom Grey, Kaimu Grey (Eletre dan Eletre S) dan Solar Yellow (Eletre R sahaja).

Sehingga pelancaran hari ini, Hyper-SUV itu telah menerima 140 tempahan dengan hanya 200 unit tersedia bagi tahun 2023.

Eletre dibina dari platform 800v Electric Premium Architecture (EPA) baharu dengan sistem agihan kuasa bersepadu dan bervoltan tinggi.

Pek bateri rata ‘gaya papan selaju’ dan motor elektrik yang dekat dengan permukaan tanah memberikan titik graviti rendah, sekali gus menawarkan prestasi dinamik pemanduan yang luar biasa.

Varian Eletre dan Eletre S dikuasakan oleh sistem motor tunggal untuk menawarkan 603 kuasa kuda dan 710Nm daya kilas dengan prestasi pecutan 0-100km/j dalam masa 4.5 saat, manakala pecutan 80-120km/j kurang 2.2 saat.

Kedua-dua varian mampu mencapai kelajuan tertinggi 258km/j dan jarak pemanduan maksimum WLTP sejauh 600km. Varian mercu, Eletre R hadir dengan sistem dwimotor yang menjana 905 kuasa kuda dan 985Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa 2.95 saat dan pecutan 80-120km/j dalam masa kurang 1.9 saat, manakala kelajuan maksimumnya 265km/j. Eletre R kini merupakan SUV elektrik dwimotor terpantas di dunia dengan jarak pemanduan WLTP sejauh 490km.

Ketiga-tiga varian menggunakan bateri berkapasiti 112kWj dan pengecas 350kW yang membolehkan pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit. Ia juga hadir dengan keupayaan menerima pengecasan AC 22kW sebagai ciri standard.

Eletre dilengkapi dengan lima mod pemanduan, iaitu Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual (standard pada semua varian). Eletre R pula menerima mod tambahan Track yang dibangun berdasarkan kepada ujian ekstensif di litar Nürburgring.

Dari segi dimensi, Eletre berukuran 5,103 mm panjang, 2,231 mm lebar, 1,630/1,636 mm tinggi, jarak antara gandar 3,019 mm dan 187/194 jarak lega tanah, manakala beratnya pula adalah 2,490 kg.

Eletre tampil dengan gaya reka bentuk dramatik dan futuristik, menerusi pengayaan hadapan diinspirasikan daripada model Emira dan Evija.

Lampu hadapannya adalah dari jenis Matrix LED dengan lampu tinggi, lampu siang LED (DRL), lampu sisi LED, lampu kabus LED, lampu mengundur LED. Varian Eletre S dan Eletre R mempunyai ciri tambahan seperti cermin sisi auto malap, kaca privasi belakang dan pintu dengan ciri tutupan lembut.

Eletre R juga menerima Carbon Pack sebagai ciri standard. Eletre dilengkapi rim aloi  bersaiz 22-inci dengan kemasan dan jenis tayar yang berbeza mengikut varian. Pelanggan juga boleh memilih rim dengan lima rekaan berbeza, untuk lebih personalisasi.

Semua varian hadir standard dengan cakera brek ringan dan angkup enam omboh, warna hitam standard untuk Eletre dan pilihan warna bagi varian Eletre S dan Eletre R.

Rekaan kabin Eletre pula berorientasikan prestasi dan menggunakan bahan ultra premium untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada pelanggan.

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan konfigurasi lima tempat duduk dengan kapasiti but 688 liter dan 1,532 liter apabila kerusi belakang dilipat. Konfigurasi empat tempat duduk boleh didapati menerusi pilihan Executive Seat Pack.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Unit inforianya dikuasakan dengan Lotus Hyper OS yang dijana cip pemprosesan Qualcomm 8155 System-On-Chips. Paparan unit terapung OLED HD bersaiz 15.1-inci ini boleh dilipat apabila tidak digunakan.

Eletre hadir dengan keserasian 5G secara standard yang menawarkan ketersambungan berterusan melalui satu aplikasi telefon pintar, kemas kini over-the-air (OTA) dan pembelian ciri berkaitan perisian.

Sistem infohibur Eletre boleh diakses melalui paparan terapung OLED HD sepenuhnya bersaiz 15.1 inci yang akan dilipat apabila tidak digunakan.

Sistem audio Eletre dan Eletre R hadir dengan tetapan KEF Premium menerusi 15 unit pembesar suara berkuasa 1,380-watt bersama Uni-QTM dengan teknologi bunyi keliling hiper realistik.

Varian Eletre S pula dilengkapi sistem KEF Reference dengan 23 unit pembesar suara berkuasa 2,160-watt bersama Uni-Q, Uni-Core dan teknologi bunyi keliling.

Dari segi keselamatan, Eletre dilengkapi sistem keselamatan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang boleh dimuat turun menerusi OTA.

Semua varian dilengkapi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), sistem pemantauan pemandu, Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Lintasan Belakang (RCTA), Amaran Lintasan Trafik Hadapan (FCTA), Bantuan Kekal Lorong dengan Amaran Keluar Lorong / Pencegahan (LKA+).

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Pengesanan Titik Buta, Maklumat Tanda Trafik (TSI), Bantuan Parkir Depan dan Belakang, Bantuan Visual Parkir serta Kawalan Casis Dinamik Pintar Lotus.

Ia turut dilengkapi dengan sistem LIDAR boleh diubah suai yang pertama di dunia, bagi menyokong keseluruhan teknologi pemanduan autonomi dan boleh dikemas kini perisiannya menerusi OTA.

Eletre hadir dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 150,000km, manakala jaminan baterinya adalah selama lapan tahun atau 200,000km.

Semua pelanggan Eletre berpeluang untuk mengubah suai kereta mereka menerusi pek-pek pilihan, termasuklah Lotus Dynamic Handling Pack, Ceramic Brake Pack, Executive Seat Pack, Comfort Seat Pack, Carbon Fibre Pack, Extended Carbon Fibre Pack dan Interior Carbon Fibre Pack.

Dua pek Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) juga ditawarkan, iaitu Parking Pack dan Highway Assist Pack.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply