ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kanak-kanak tercampak di atas lebuh raya – Pemandu Myvi direman

Berita Tempatan

Views

Susulan dari kes kemalangan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kenderaan, seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan. Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan DSP Shaifulizan Sulaiman berkata, perintah reman bagi pemandu Myvi berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Rembau, bermula semalam sehingga 14 Februari.

Lelaki berkenaan yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek berwarna hitam tiba di mahkamah pada kira-kira 9.30 pagi semalam, diiringi anggota polis. Kelmarin, rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial Facebook.

Dalam kejadian pada jam 3.21 petang di kilometer 235.5 lebuhraya PLUS, berhampiran Senawang, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Pemandu Perodua Myvi yang dipercayai menghimpit kenderaan berkenaan telah ditahan di Batu Berendam, Melaka, kira-kira pukul 4.50 petang, semalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon sempat meluangkan masa melawat kanak-kanak malang itu, S. Tisshaaanth, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan luaran. Jelasnya, pemeriksaan x-ray mendapati tiada apa-apa kecederaan dalaman dialami kanak-kanak tersebut. Beliau menambah, kerajaan negeri akan menyumbang kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) serta bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.

Tambahnya lagi, apa yang penting dalam insiden ini ialah penggunaan CRS, jika mereka menggunakannya insiden seumpama ini tidak akan berlaku. Nicole turut berharap dengan insiden ini, orang ramai akan mula mematuhi undang-undang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak malang itu K. Satthiaseelan, 33, ketika menceritakan detik cemas berkenaan berkata ketika kejadian, beliau yang berada di lorong kanan lebuh raya terbabit, mendapat isyarat lampu daripada pemandu kereta Honda Jazz di belakang kenderaannya, yang diikuti rapat sebuah Perodua Myvi.

Jelasnya, ketika dia mahu ke tepi, secara tiba-tiba datang sebuah Perodua Myvi dari lorong paling kiri terus masuk ke lorong paling kanan dan kemudiannya telah melanggar bahagian kiri belakang keretanya dan dia tidak dapat berbuat apa-apa hingga melanggar pembahagi jalan.

Katanya, selepas itu anaknya tercampak keluar dari kereta menerusi cermin bahagian penumpang yang pecah. Dia terus memberhentikan kereta serta-merta di lorong tengah dan mencari anaknya, namun dia tiada dalam kereta. Kemudian, dia terlihat anaknya berada di tengah jalan, jadi dia terus berlari untuk mendapatkannya.

Pekerja kilang perabot di Jalan Pantai, Seremban itu turut berterima kasih dengan pertolongan yang diberikan semua pihak termasuk pemandu lori yang telah memberhentikan kenderaan dan keluar menyelamatkan anak lelakinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply