ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 gegarkan Pavilion Kuala Lumpur

Berita Tempatan

Views

Acara kemuncak Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) yang berlangsung semalam (22 September 2019) di Pavilion Kuala Lumpur (Centre Court) menyaksikan seramai 40 peserta layak berentap di pusingan akhir. UMW Toyota Motor (UMWT) tampil sebagai syarikat automotif pertama yang menyokong perkembangan pesat aktiviti sukan elektronik (Esport) di sini sejak tahun lalu.

Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 menyaksikan seramai 700 peserta telah bersaing sesama sendiri di dalam pusingan kelayakan yang diadakan secara masa-nyata bertempat di Cove ESport Hub, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor pada 31 Ogos, serta 1,14 dan 15 September.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tahun ini, semua pemenang akan berkongsi tawaran hadiah dengan nilai yang lebih besar, iaitu RM70,000:

  • Juara — RM20,000
  • Naib Juara — RM10,000
  • Tempat Ketiga — RM5,000
  • Tempat Ke-4 hingga Ke-10 — RM2,000 setiap satu
  • Tempat Ke-11 hingga Ke-20 — RM1,000 setiap satu

Turut diadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah produk permainan video elektronik bernilai RM11,000. Acara ini menjadi pelengkap kepada aktiviti-aktiviti sebenar dan berprestasi anjuran Toyota yang lain, antaranya termasuk perlumbaan litar jalanan Toyota Gazoo Racing Festival yang berlangsung empat kali setahun di beberapa lokasi seluruh negara.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, dalam era digital kini, tidak hairan sukan elektronik atau ESport menjadi sebuah industri yang semakin pesat berkembang, tidak hanya di Malaysia tetapi juga diperingkat global. Tambahnya, penglibatan Toyota di dalam ESport melalui Gazoo Racing dirasakan satu cara yang ideal kepada jenama ini untuk mempamerkan sisi sporty dan dinamiknya.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Semua peserta menggunakan jentera Toyota GR Supra 2019, kereta flagship terbaru keluaran Toyota yang dibangunkan tidak hanya bagi kegunaan sukan permotoran sebenar, tetapi juga boleh dimanfaatkan dalam pertandingan Gran Turismo ESport.

Tahun ini, peserta akan berlumba di sekitar Fuji Speedway, Jepun yang merupakan sebuah litar terkenal dengan laluan sepanjang 1.475 km serta melibatkan satu laluan lurus yang terpanjang di dunia. 10 peserta akhir pula akan berentap sesama sendiri di dalam perlumbaan 10-pusingan di dalam tiga litar terbaik melibatkan Kyoto Driving Park, Suzuka Circuit dan Fuji Speedway.

Thrustmaster® menjadi pembekal simulator perlumbaan T-GT terbaik untuk Gran Turismo Sport bagi Kejuaraan Velocity Esport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 ini, dan juga untuk permainan maya Gran Turismo akan datang. Peserta akan dapat memanfaatkan teknologi unik yang ada padanya untuk memberikan dinamik pemanduan yang mantap mirip yang ada pada Toyota GR Supra.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply