ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen Proton Rahmah 2023 tawar pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis RM150

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini menyahut inisiatif Kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dengan pelancaran Kempen Proton Rahmah 2023.

Ia bagi menggalakkan pemilik Proton menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah untuk pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kempen ini dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ujar beliau, Proton merupakan syarikat automotif pertama yang menyokong inisiatif Kerajaan ini dan berharap ia akan diikuti oleh jenama lain akan mengikutinya bagi mengurangkan kos sara hidup mereka yang paling memerlukan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Kempen Rahmah ini adalah selaras dengan usaha mereka untuk menawarkan nilai tambahan kepada pelanggan dan yang paling penting untuk menyediakan produk serta perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambah beliau, bermula hari ini sehingga 31 Mei 2023, pelanggan boleh menikmati pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan menikmati pakej perkhidmatan berharga hanya RM150.

Kempen inklusif ini memastikan kos dikongsi secara sama rata antara Proton Edar dan pengedar sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Kempen Proton Rahmah 2023 ini disasarkan kepada pemilik Persona, Iriz, Exora, Saga, serta model terdahulu termasuk Inspira, Waja dan juga Wira.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply