ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi kes gangguan seksual di SJR – Polis sedang jalankan siasatan

Tular

Views

Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh pegawai polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Putrajaya semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya menerima dua laporan polis iaitu dari wanita berusia 28 tahun itu dan pegawai polis yang didakwa melakukan gangguan seksual berkenaan.

Menurutnya, pegawai polis terbabit membuat laporan polis jam 1.35 tengah hari semalam berkaitan ciapan di muat naik di Twitter wanita terbabit mendakwa berlaku gangguan seksual melalui perkataan yang tidak sopan dan laporan dibuat bagi menafikan perkara itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pada hari yang sama juga jam 6 petang, pemilik akaun Twitter terbabit tampil membuat laporan polis dan mendakwa pada 9 pagi semalam seorang pegawai polis membuat gangguan seksual terhadapnya dengan menggunakan kata-kata yang tidak sopan semasa melalui SJR di Putrajaya berkaitan produk minuman susu.

Dia yang tidak berpuas hati memuat naik ciapan di Twitter. Mohd Fadzil berkata, siasatan awal dilakukan mendapati pegawai polis terbabit menafikan mengeluarkan perkataan tidak sopan semasa menyoal wanita itu. Menurutnya, petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita itu.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pihak polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat kedua-dua pihak. Menurutnya, siasatan akan diteruskan selepas mendapat perintah daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara sebagaimana peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya. Pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus tanpa sebarang kompromi. Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Shamin Abul Qasim di talian 03-8886 2068, Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply