ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki berduaan dengan isteri orang dicekup kerana ingkar PKP

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berstatus suami ditahan bersama wanita yang juga isteri orang dalam pemeriksaan Op COVID-19 di Hulu Terengganu, kelmarin. Pasangan berusia 41 dan 28 tahun terbabit ditahan ketika berduaan dalam kereta dipercayai milik lelaki terbabit di kawasan Kampung Tok Gebok, Ajil, pada jam 2 petang.

Lelaki terbabit dari Kampung Bukit Payung, Marang memberi alasan mahu menghantar wanita itu ke sebuah klinik di pekan Ajil, bagi mendapatkan rawatan. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Che Daud, alasan tidak kukuh menyebabkan pasangan terbabit ditahan kerana sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa tiga bermula Rabu lalu.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Jelas beliau, siasatan mendapati wanita itu tinggal di Kampung Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang jaraknya lebih 30 kilometer (km) dari pekan Ajil. Dalam tangkapan berasingan, seorang lelaki berusia 20 tahun dari Cabang Jelkis Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan ditahan kerana melanggar Sekatan Jalan Raya (SJR) PKP di hadapan Balai Polis Hulu Terengganu pada 6.10 petang, hari sama.

Kata Mohd Adli, ketika melalui SJR itu, anggota bertugas mengarahkan lelaki terbabit berhenti sebelum memecut motosikal ditungganginya ke arah pekan Ajil. Bagaimanapun dia berjaya ditahan anggota yang bertugas di SJR Ajil ketika melalui kawasan berkenaan.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Mohd Adli berkata, tiga individu terbabit ditahan reman sebelum dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Dibawah Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.

Tambahnya, lelaki berusia 20 tahun turut dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,. Beliau berkata, tangkapan terhadap tiga individu terbabit adalah kes ingkar PKP pertama di daerah itu sejak ia dilaksanakan 18 Mac lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply