ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki maut, motosikal terbabas dan terjunam ke sungai

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas seterusnya terjunam ke dalam sungai berhampiran Tandop Belat Raja, Sungai Tambun Tulang, di Arau hari ini.

Mayat mangsa, Mohd Syafid Arifin, 27, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 11.07 pagi iaitu kira-kira 15 meter dari lokasinya jatuh.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 8.27 pagi dan pasukan unit kereta peronda polis (MPV) dikerahkan ke lokasi berkenaan.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi, polis mendapati pasukan JBPM telah berjaya menaikkan motosikal milik mangsa yang ditemukan sekitar pukul 8.50 pagi.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, pasukan penyelamat menemukan mangsa dalam jarak kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas akibat kejadian itu. Tambahnya, kes berkenaan juga diserahkan kepada Bahagian Trafik IPD Arau untuk siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa turut dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani proses bedah siasat. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply