Lexus memperkenalkan model paling kecil dalam sejarahnya, iaitu sebuah SUV bandar yang dinamakan sebagai LBX (2024).
Mula diacah pada bulan lalu, LBX sebenarnya merupakan kembar kepada Toyota Yaris Cross dalam bentuk yang lebih mewah. Yaris Cross adalah model yang telah direka khusus untuk pasaran Eropah dengan penjana hibrid.
Dari segi dimensi, LBX berukuran 4,190 mm panjang, 1,825 mm lebar, dan 1,545 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula adalah 2,580 mm.
Meskipun ia berkongsi pelantar TNGA-B, jarak antara rodanya 20mm lebih panjang, 60mm lebih lebar dan 45mm lebih rendah berbanding Yaris Cross.
Jika dibandingkan dengan Lexus UX, LBX 305mm lebih pendek, 15mm lebih sempit dan jarak antara rodanya 60mm lebih pendek, tetapi ia lebih tinggi 25mm.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Model ini ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid, menggunakan versi lebih berkuasa berbanding model hatchback Yaris dan juga Yaris Cross.
Penjana tersebut mampu menghamburkan output sebanyak 100kW, lebih 85kW berbanding Yaris Cross dan kuasa disalurkan ke gandar hadapan sahaja menerusi transmisi CVT.
Ia juga merupakan model tiga-silinder pertama Lexus dan juga SUV Lexus pertama yang dijual dalam versi hibrid sahaja. Reka bentuknya telah diperlihatkan semasa acara media Toyota, 18 bulan yang lalu dan hanya mengalami perubahan kecil.
Antara elemen utama reka bentuknya adalah jeriji hadapan berbentuk ‘sarang lebah’, lampu hadapan adaptif jenis LED yang bersambung dengan jejalur krom dan lampu belakang LED yang membentuk jejalur “W” di atas lencana Lexus.
Ia turut ditawarkan dengan rim aloi bersaiz 18-inci dan pilihan kemasan bumbung hitam. LBX merupakan model kedua Lexus yang menggunakan tiga abjad selepas model supercar LFA pada 2011.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Penggunaan nama LBX adalah untuk ‘mengelakkan pertembungan tanda dagang‘ dengan model Citroen BX yang dijual di pasaran Eropah pada tahun 1980-an.
Di ruangan kabin, LBX sedikit berbeza dengan model generasi baharu Lexus dengan paparan sesentuhnya diposisikan sedikit rendah, seperti model terkini Mercedes-Benz iaitu C-Class dan S-Class.
Paparan infohibur bersaiz 9.8-inci itu menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, navigasi satelit, dan mengawal kebanyakan fungsi pendingin hawa.
Paparan digital 12.3-inci pula berada di hadapan pemandu, paling besar dalam model Lexus, stereng rekaan tiga jejari dengan paddle shift. Kemasan tempat duduknya pula menggunakan bahan seakan ‘suede‘ dengan sulaman dan kemasan berwarna jingga.
Dari segi keselamtana, ia ditawarkan dengan sistem bantuan pemandu seperti brek kecemasan kendiri, bantuan kekal-lorong, pemantau titik-buta, amaran lintasan-trafik di belakang dan pengecaman papan tanda trafik.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI