ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maki dan pukul polis – Penghantar makanan ditangkap

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang penghantar makanan telah ditahan kerana memukul anggota polis ketika pemeriksaan Ops COVID-19 di kawasan Jalan Cahaya 2/3A, Pandan Cahaya, di Ampang hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, lelaki berusia 28 tahun yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss itu ditahan anggota polis yang sedang melakukan rondaan kira-kira jam 10 pagi selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurutnya, ketika ditahan untuk pemeriksaan, lelaki terbabit telah memaki polis dan mengeluarkan perkataan tidak senonoh. Dalam proses membuat tangkapan, suspek bertindak melawan dan telah memukul salah seorang anggota polis dengan menggunakan tangan.

Tambah Noor Azmi, tindakan lelaki itu menyebabkan anggota berkenaan mengalami kesakitan di bahagian tangan dan leher. Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian ditangkap kerana menyerang polis semasa menjalankan tugas dan dengan sengaja tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tegas Noor Azmi, pihaknya mengingatkan orang awam untuk sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis dan mematuhi PKP yang dilaksanakan ketika ini serta undang-undang tetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply