ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

MAM sedia hulur bantuan kepada Karamjit Singh

Sukan Permotoran

Views

Susulan daripada pendedahan kisah keperitan hidup lagenda rali negara Karamjit Singh yang terpaksa menjual Proton Waja miliknya untuk membeli kereta baharu bagi dijadikan kenderaan Grab, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) tampil untuk membantunya menerusi beberapa saluran tertentu termasuk memberikan sejumlah dana kepadanya.

Menurut Harian Metro, Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata, pihaknya perlu mendapatkan dahulu maklumat terperinci daripada pelumba yang diberi gelaran “The Flying Sikh” itu berhubung situasinya. Katanya, beliau sudah minta kakitangan untuk berhubung dengan Karamjit dan pihaknya juga mengalu-alukannya untuk memberikan maklum balas.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Tambah beliau, memang tanggungjawab MAM untuk membantu dan banyak pelumba atau pemandu yang telah dibantu bagi meringankan beban mereka. Contohnya, mereka pernah bantu pelumba drift, Tengku Djan (Ley Tengku Mahaleel) dengan memberi sejumlah dana untuk perlumbaannya di luar negara.

Jadi, perkara yang sama boleh dilakukan kepada Karamjit apatah lagi beliau seorang ikon dan mempunyai pencapaian yang baik sebelum ini. Jelas Muizz, selain itu kepakaran dan khidmat Karamjit juga boleh digunakan untuk kejohanan tertentu seperti MAM Cross Rally yang berada dalam perancangan MAM, tetapi masih tidak dapat dilangsungkan kerana pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Katanya, ia perlumbaan di mana setengah trek adalah laluan rali manakala setengah lagi laluan tar. Pihaknya boleh menggunakan kepakaran beliau dari pelbagai sudut di saingan seperti itu. Nama Karamjit pernah meniti di bibir peminat sukan permotoran pada era 1990-an dengan mendominasi kejuaraan rali di Malaysia.

Karamjit seterusnya mengorak langkah dengan menjadi juara pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada 2001. Kejayaan paling diingati apabila beliau muncul juara dunia WRC untuk kategori Kereta Pengeluaran Dunia FIA pada 2002 walaupun pada tahun pertama percubaan. Beliau merupakan pelumba Asia yang pertama memenangi kejuaraan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply