ARKIB

KATEGORI

Tular

Tunggu lapan bulan, tapi sempat merasa naik Alza baharu dua jam je

Tular

Views

Dugaan menimpa sebuah keluarga apabila hanya sempat merasai kegembiraan menaiki kereta Perodua Alza baharu kira-kira dua jam, sebelum berdepan kemalangan didakwa dilanggar kereta lain.

Kisah sedih itu dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Ea Sya yang berkongsi gambar keadaan kereta Perodua Alzanya selepas dilanggar kenderaan lain pada ‘group’ Perodua Alza D27A Malaysia.

“Pada 13 Mei 2023, malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur balik dalam perjalanan ke Johor Bharu, dua jam memandu sudah kena langgar dari belakang.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza lapan bulan, pakai dua jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, keadaan kereta warna hitam itu sangat teruk di bahagian belakang dan depan selain cerminnya pecah.

Perkongsian itu mendapat maklum balas simpati daripada orang ramai yang bersedih atas ujian dihadapi wanita tersebut. “Allahuakbar, berat ujian. Nampak macam ‘total lost’. Semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga,” komen Misbah Movic.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Semoga bertabah ujian dengan ujian ini puan sekeluarga. Insya-Allah ada rezeki lebih baik,” kata Asyraf Samsudin. Dalam pada itu, ada pengguna Rayyah Rich Trading memaklumkan, wanita itu boleh mendapatkan kereta baharu ekoran kejadian tersebut.

“Insya-Allah untuk awak, insurans akan ganti kesemuanya, jadi awak boleh ambil kereta baharu. Kena tunggu giliran, tunggu siasatan. Makan masa juga tu.

“Tapi saya rasa pemilik kereta akan ambil kereta lain selepas trauma dengan kejadian ni. Saya cuma bantu bagi semangat yang pemilik kereta akan terima pampasan, itu sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ea Sya

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply