ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memandu di bawah pengaruh alkohol hingga akibatkan kematian – Warga China mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Mungkin anda masih ingat kes kemalangan yang melibatkan seorang wanita warga China yang dituduh memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Datuk Keramat, Jumaat lalu kan?

Menurut Berita Harian, wanita tersebut Liu Shasha, 24 telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret namun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Mengikut pertuduhan, Liu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga membawa kepada kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Datuk Keramat, kira-kira jam 6.25 pagi pada 25 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 November ini sebagai sebutan semula kes bagi tujuan pengesahan ketulenan pasportnya daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Huda Muhammad Nazim manakala tertuduh diwakili peguam A Ashok. Selain itu, seorang lelaki yang merupakan pemilik kereta berkenaan turut dihadapkan ke mahkamah sama atas kesalahan membenarkan kenderaan dipandu tertuduh.

Garrett Lim Nian Siang, 23, yang merupakan seorang tukang masak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Rosnee. Dia telah dijatuhkan hukuman denda RM1,500 terhadap tertuduh yang ketika kejadian berada di tempat penumpang hadapan.

Garrett didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 26 APJ 1987 pada waktu dan tempat sama. Bagi kesalahan itu, dia boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000 atau penjara tiga bulan. Kemalangan itu mengakibatkan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mohaidin Gani Mohamad, 58, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh kereta yang dipandu wanita warga China itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply