ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakar sahkan Litar Permotoran Terengganu selamat, dibenarkan beroperasi semula

Berita Tempatan

Views

Kerajaan negeri mengesahkan penganjuran sukan permotoran di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus kembali dibenarkan beroperasi serta merta selepas insiden yang meragut nyawa seorang peserta Battle of the Kings (BOTK) minggu lalu.

Harian Metro melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata hasil pemeriksaan pakar dan laporan penuh diterima mendapati litar berkenaan selamat digunakan dengan memenuhi piawaian dan standard untuk penganjuran sukan permotoran termasuk perlumbaan drag.

Bagaimanapun beliau menjelaskan hanya perlumbaan dalam jarak 200 meter (m) sahaja dibenarkan setakat ini manakala jarak selebihnya akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelas beliau, pihaknya sudah menerima laporan penuh daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berhubung kemalangan yang meragut nyawa seorang peserta dalam perlumbaan drag minggu lalu.

Dalam laporan itu jelas mencatat kemalangan yang berlaku itu bukanlah disebabkan kerana litar berkenaan, tapi disebabkan kerana masalah teknikal yang berlaku pada jentera (kereta) itu sendiri yang menyebabkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa pemandunya.

Pihak MSNT juga sudah memanggil Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) yang diwakili Wazi Abdul Hamid untuk membuat pemeriksaan lanjut di litar berkenaan, hasil laporan litar berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Dakwaan sebelum ini yang mengaitkan litar berkenaan beralun, ianya tidak benar sebaliknya litar berkenaan adalah molek dan memenuhi standard yang dibenarkan, maksudnya jika ada perlumbaan yang mahu diadakan boleh diteruskan, kejohanan terdekat pada Sabtu (hari ini).

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bagaimanapun kebenaran penganjuran sebagaimana pengesahan pakar hanya dibuka dengan jarak maksimum sejauh 200 m sahaja, manakala selebihnya akan dimaklumkan kemudian.

Minggu lalu seorang peserta BOTK, Muhammad Hafez Jamal Jamaluddin atau lebih dikenali Apeh Jamal meninggal dunia selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evolution yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ketika ujian masa dalam perlumbaan itu.

Mangsa tidak sedarkan diri sebelum pihak penganjur menghantar mangsa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Kejadian yang berlaku pada jam 11.35 pagi itu tiada unsur jenayah sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada berpunca kemalangan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply