ARKIB

KATEGORI

Buletin

Parkir depan rumah pun tayar kereta kena rembat

Berita Tempatan

Views

Nampaknya kes jenayah termasuk kecurian tayar kereta tetap berlaku meskipun negara kita sudah memasuki Fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini. Sinar Harian melaporkan, polis kini sedang mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam empat kes curi tayar kereta di satu taman perumahan di Penaga, Butterworth.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumah mangsa mendapati rakaman pada wajah suspek tidak jelas. Bagaimanapun katanya, sehingga kini polis menerima hanya satu laporan tetapi tetap akan menjalankan siasatan.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Kata beliau, menurut laporan itu kereta berkenaan adalah milik isteri mangsa dan diletakkan di luar pagar rumah kerana tidak mempunyai cukup ruang di bahagian dalam. Mangsa tidak menyedari kejadian itu sehingga dia dihubungi jirannya.

Tambahnya, kereta tersebut mempunyai sistem penggera namun bukan di bahagian tayar. Ketika kejadian, mangsa tidak terdengar sebarang bunyi yang mencurigakan. Selain itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dan tidak membuka ruang untuk penjenayah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply