ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pegawai bank maut selepas raikan sambutan hari lahir

Berita Tempatan

Views

Sejak kebelakangan ini semakin kerap kita mendengar perkhabaran duka mengenai mangsa kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk. Yang terkini, seorang pegawai bank yang baharu meraikan sambutan hari lahirnya maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi semalam.

Menurut Berita Harian, mangsa, Nurul Liana Atira Zolkepli, 28, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Kata adik mangsa, Mohd Syafiq Farhan, 26, ketika kejadian pada jam 2 pagi, Nurul Liana dalam perjalanan pulang ke rumah di Telok Panglima Garang selepas menjalani kursus di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat lalu.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Usai berkursus, Nurul Liana yang bertugas di CIMB Bank cawangan Meru, telah diraikan oleh rakan sekerja sempena ulang tahun kelahirannya pada Selasa lalu. Difahamkan ketika dalam perjalanan itu, kereta Honda Jazz dipandu kakaknya itu dirempuh oleh kereta lain hingga mengakibatkannya tersepit dan parah di bahagian kepala.

Tambah memilukan, pemandu kereta yang merempuh kereta kakaknya dikatakan memandu dalam keadaan mabuk dan melarikan diri sejurus kejadian. Mohd Syafik Farhan berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Nurul Liana meminta ibu mereka menyediakan lauk ikan bilis goreng sedangkan makanan itu bukan kegemarannya dan ia membuatkan mereka berasa hairan.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pihaknya mendapati kemalangan berkenaan membabitkan dua kereta iaitu kereta dipandu Nurul Liana dan kereta Nissan Almera yang dipandu seorang perunding kecantikan.

Katanya, pihaknya berjaya mengesan pemandu berusia 26 tahun itu selepas 24 jam kejadian itu dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Columbia akibat patah bahu kiri. Selepas kejadian itu, mangsa kedua pergi mendapatkan rawatan. Tambahnya lagi, pihaknya tidak dapat dipastikan dakwaan mangsa kedua memandu dalam keadaan mabuk memandangkan dia hanya dikesan selepas lebih 24 jam. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply