ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembayaran tol secara RFID Touch ‘n Go di 10 plaza tol sistem terbuka lebuh raya PLUS bermula 1 Januari 2020

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, PLUS Malaysia Bhd mengumumkan transaksi tol menerusi teknologi RFID Touch ‘n Go akan dilaksanakan di 10 buah plaza tol sistem terbuka di lebuh raya kendalian PLUS mulai 1 Januari 2020. Ini bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran.

Bermula pada tarikh tersebut, transaksi tol menggunakan RFID Touch ‘n Go akan dibuka kepada semua kenderaan persendirian (Kelas 1) yang menggunakan plaza-plaza tol yang menggunakan sistem terbuka di lebuhraya PLUS seperti berikut:-

  1. Jitra (Lebuhraya Utara-Selatan)
  2. Lunas (Lebuhraya Butterworth-Kulim)
  3. Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim)
  4. Jambatan Pulau Pinang
  5. Mambau (Lebuhraya Seremban-Port Dickson)
  6. Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson)
  7. Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan)
  8. Perling (Lebuh raya Linkedua)
  9. Lima Kedai (Lebuh raya Linkedua)
  10. Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua)

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Kenderaan Kelas 1 adalah kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi, manakala plaza tol sistem terbuka adalah sistem di mana kadar tol telah ditetapkan berdasarkan kelas kenderaan (tanpa mengira jarak perjalanan).

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, sistem RFID Touch ‘n Go yang menggunakan pelekat khas bercip RFID yang ditampal pada kenderaan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet merupakan pilihan mod pembayaran terkini yang memudahkan pelanggan untuk menambah nilai secara atas talian tanpa perlu ke pusat tambah nilai.

Jelas beliau, lebih banyak pilihan pembayaran sedang dibangunkan sama ada menerusi kad debit atau kredit, serta lain-lain eWallet. Jadi, pelanggan lebuh raya bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk menukar mod pembayaran apabila kemudahan ini tersedia dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, mod pembayaran tol yang sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih lagi diterima seperti biasa di lebuh raya PLUS.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Sementara itu, sistem RFID di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) hanya boleh digunakan untuk Caj Jalan (tag RFID Vehicle Entry Permit) bagi kenderaan Singapura sahaja. Transaksi tol secara RFID Touch ‘n Go dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik, memudahkan proses menambah nilai eWallet, mengurangkan isu baki tidak mencukupi kad elektronik, mengurangkan kejadian peranti SmartTAG hilang atau kehabisan bateri atau diletakkan secara terbalik dan lain-lain lagi.

Bagi mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkannya di 130 pusat pemasangan yang disediakan oleh Touch ‘n Go. Maklumat lanjut mengenai pusat-pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid.

Pada masa yang sama, pelanggan lebuh raya yang telah mempunyai pelekat RFID Touch ‘n Go dinasihatkan supaya sentiasa memastikan eWallet mereka mempunyai baki yang mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa apabila keluar di plaza tol.

Zakaria turut memaklumkan, transaksi tol menggunakan teknologi RFID Touch ‘n Go di 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya kendaliannya akan dilaksanakan pada 1 April 2020. Plaza tol sistem tertutup adalah sistem di mana kadar tol adalah berdasarkan pada kelas kenderaan dan jarak perjalanan apabila kenderaan tersebut masuk dan keluar dari lebuh raya. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000 atau layari www.touchngo.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply