ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penerima subsidi petrol bersasar bakal ditentukan menerusi bil elektrik

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kerajaan bercadang menggunakan bil elektrik bagi menentukan golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Memetik laporan Sin Chew Daily, Chong berkata, hanya golongan dalam kategori B40 dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, layak mendapat subsidi tersebut. Tambahnya, bil elektrik hanya digunakan sebagai rujukan. Beliau berkata demikian dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar itu.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Katanya lagi, cadangan bagi mekanisme itu akan dibawa ke Kabinet bulan depan. Mereka yang layak nanti boleh memilih sama ada untuk menikmati subsidi bulanan sebanyak RM30 atau subsidi sebanyak 30 sen untuk setiap liter petrol RON95 sehingga 100 liter setiap bulan.

Penunggang motosikal pula akan menerima subsidi sebanyak RM12 setiap bulan. Wang itu nanti akan dimasukkan terus ke akaun penerima. Sebelum ini kerajaan bercadang untuk melaksanakan mekanisme subsidi bersasar bagi minyak petrol RON95 pada Julai tahun ini tetapi ia ditangguhkan. Ketika ini, Kerajaan secara purata membelanjakan RM133 juta setiap minggu untuk subsidi minyak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply