ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tips menjaga kebersihan kereta untuk mencegah COVID-19

Info

Views

Ketika pandemik COVID-19 ‘bermaharajalela’ di seluruh dunia, kita sebagai rakyat Malaysia turut terkesan dan akur dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengekang penyebaran virus tersebut. Dalam tempoh ini aspek penjagaan kebersihan diutamakan, selain langkah-langkah seperti penjarakan sosial, mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan besar dan yang paling penting ‘duduk di rumah’.

Namun, ada masa kita perlu juga keluar untuk membeli barangan keperluan atau sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan. Mereka yang bekerja dalam perkhidmatan penting juga perlu bertugas seperti biasa. Oleh sebab itu, penting untuk kita mengekalkan kebersihan kenderaan, yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Berikut adalah panduan dan saranan daripada Proton mengenai cara-cara untuk menjadikan kenderaan anda sebuah ruang yang bersih dan sihat:

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Lakukan pembersihan nyahkuman

Pertama sekali, lakukan pembersihan nyahkuman secara kerap pada permukaan yang selalu disentuh seperti stereng, tombol gear, pemegang pintu (dalam dan luar), butang ‘mula-henti’ enjin dan kunci kereta anda. Kajian mengatakan, virus COVID-19 mampu bertahan selama 2-3 hari pada plastik dan permukaan keluli tahan karat.

Oleh itu, penting untuk kita membersihkan atau mengelap semua permukaan secara kerap, terutama selepas membeli barangan keperluan. Selain itu, bahagian-bahagian lain pada kenderaan juga perlu dibersihkan,  sebagai contoh, sistem audio kenderaan yang dilengkapi dengan skrin sentuh seperti Unit Infohiburan (IHU) yang ada pada Proton X70 2020.

Skrin tersebut perlu dibersihkan dengan kerap dengan menggunakan kain lembut yang telah disembur sedikit dengan semburan anti-bakteria. Selain itu, kerusi kenderaan juga perlu dibersihkan secara berkala. Sila ambil perhatian bahawa kerusi kulit mungkin tidak sesuai untuk dibersihkan dengan menggunakan cecair nyahkuman.

Bahan kimia yang kasar mungkin akan merosakkannya. Oleh itu, anda perlu mencari cecair yang sesuai untuk membersihkan kerusi kulit kenderaan anda, dan pastikan selepas dilap, kerusi tersebut benar-benar kering untuk mengelakkan daripada kesan bertompok atau merekah.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tidak perlu risau lagi dengan penggunaan alat bebas tangan

Pada ketika ini semua orang kini sudah terbiasa mencuci tangan secara kerap dan meminimakan sentuhan menggunakan tangan seperti bersalaman dan menyentuh muka. Pemilik X70 2020 cukup bertuah kerana kereta mereka dilengkapi dengan ciri arahan suara yang membolehkan mereka mengawal beberapa fungsi seperti membuka radio, penstriman muzik dan navigasi.

Anda cuma perlu membuka but belakang dengan menggunakan sensor kaki yang hanya memerlukan anda menggerakkan kaki di bawah bampar belakang dan pintu akan terbuka secara automatik tanpa menggunakan kunci utama.

Bersihkan udara dan tenangkan minda

Penggunaan penulen udara mampu menyegarkan udara di dalam kenderaan anda kerana ia berfungsi untuk menapis dan menyingkirkan gas merbahaya, bau busuk serta membunuh bakteria. Sesetengah kenderaan seperti X70 telah dilengkapi dengan sistem ini pada alat pendingin hawa.

Selain itu, anda turut digalakkan untuk membersihkan semua sampah dan habuk di dalam kenderaan dengan menggunakan vakum. Ini akan membantu menghilangkan kotoran dan sisa makanan yang mungkin akan mengundang kehadiran serangga di dalam kenderaan anda.

Sepanjang tempoh PKP ini, Proton berharap agar semua pengguna dapat mengamalkan kebersihan yang baik dan yang paling penting adalah duduk di rumah. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu keluar, amalkan panduan yang disebutkan tadi dan berhat-hati ketika memandu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply