ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid KL sedia Bas Perantara Khas untuk MotoGP – Tambang bermula dari RM12 sehala

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu pengumuman menerusi laman Facebook rasminya, Rapid Bus Sdn Bhd, operator perkhidmatan bas Rapid KL memaklumkan yang mereka bakal menyediakan perkhidmatan bas perantara khas untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk acara Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2019, yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 November ini.

Dilantik sekali lagi sebagai Penyedia Rasmi Pengangkutan Awam GP Malaysia, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan berkenaan daripada tiga lokasi strategik – KL Sentral dan KLCC, yang kedua-duanya dihubungkan oleh rangkaian pengangkutan rel Rapid KL, dan hub bus KLIA 2 khusus untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan udara tambang murah untuk menyaksikan acara sukan pemotoran utama negara.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij berkata, bagi pihak Rapid Bus, beliau ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada SIC atas kepercayaan untuk melantik Rapid KL sebagai Penyedia Rasmi Pengangkutan Awam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2019.

Kolaborasi antara Rapid Bus dan SIC telah terjalin sejak tahun 2014 dan pihaknya berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin demi kejayaan acara ini dan melonjakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Katanya, tiket-tiket untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara MotoGP ini mula dijual semalam (16 Oktober) di stesen-stesen LRT terpilih iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kaunter Kad Konsesi MyRapid di Hab Bas Pasar Seni.

Tambahnya, pada hari-hari acara daripada 1 November hingga 3 November, para peminat juga boleh membeli tiket bas ini di Hab Pengangkutan KLIA2 di Tingkat 1 daripada pukul 8 pagi hingga 1 pagi. Beliau turut menasihati para peminat untuk membeli tiket awal bagi mengelakkan diri daripada perlu beratur panjang untuk membeli ketika hendak ke Sepang.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Seperti tahun-tahun sebelum ini, perkhidmatan perantara adalah untuk tiga laluan antara SIC dan KL Sentral; SIC dan KLCC, serta antara SIC dan KLIA2. Harga tiket untuk perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur sama ada di KL Sentral atau KLCC adalah RM20 untuk satu hala dan RM35 untuk tiket pergi-balik. Untuk sektor SIC – KLIA 2, Rapid KL menawarkan tambang pada kadar RM12 untuk satu hala.

Selain aksi-aksi hebat di litar untuk saingan MotoGP yang menampilkan pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah, Moto 2 dan Moto3, para peminat turut berpeluang menyaksikan kehebatan bintang-bintang remaja dalam saingan Idemitsu Asia Talent Cup, yang turut menampilkan penunggang Malaysia Muhammad Adil Fitri Mahadi.

SIC juga telah mengatur pelbagai acara luar trekyang hebat termasuk Karnival Mega MotoGP sepanjang tiga hari, pameran model-model motosikal, jualan aksesori, pelbagai juadah makanan dan barangan cenderahati MotoGP, sesi autograf dengan pelumba dan sesi ‘public pitlane walk’. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini layari pautan ini atau hubungi TALIAN BANTUAN Rapid KL di 03-78852585.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply