ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pergerakan antara negeri hanya dibenarkan antara 1 hingga 3 Mei – PDRM

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tiga hari untuk orang ramai melakukan pergerakan antara negeri (inter-state) untuk tujuan yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu antara 1 hingga 3 Mei depan.

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata mereka yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk membuat pergerakan antara negeri mulai 26 April melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Tambah beliau, bagi yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia, mereka perlu membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan, namun keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Bagi yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok), mereka perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan dan pada 1 Mei, mereka boleh membuat semakan status permohonan di aplikasi berkenaan.

Katanya, tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei depan dan pengguna jalan raya dikehendaki merancang perjalanan mereka mengikut syarat yang ditetapkan. Mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Surau-surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan termasuklah di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain. Huzir berkata, hanya fasiliti tandas awam sahaja yang dibenarkan beroperasi. Kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat dan pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Stesen minyak pula hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melalukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan. Kata Huzir, satu kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini.

Satu sidang media juga akan diadakan pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur. Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis.

Katanya, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan. Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk dituju, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply