ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua dan PERKESO lancar kempen keselamatan perjalanan ke tempat kerja

Berita Tempatan

Views

Perodua telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Kempen ‘Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja’ Peringkat Kebangsaan PERKESO 2019 yang telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia YB M Kula Segaran petang tadi.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg Datuk Amir Omar, Ketua Eksekutif PERKESO YBhg Datuk Sri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua YBhg Datuk Zainal Abidin Ahmad.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Sebelum majlis pelancaran, jurulatih PERKESO telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Vision Zero’ kepada kira-kira 150 kakitangan Perodua, termasuk 40 jurulatih dalamannya, meliputi topik seperti Kiken Yochi, memandu dengan berhati-hati dan kepentingan memeriksa kenderaan dari semasa ke semasa.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Lalu Lintas Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin turut memberi ceramah mengenai peraturan jalan raya dan kesedaran mengenai keselamatan. Berucap semasa majlis tersebut, Datuk Zainal berkata, Perodua telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan aktiviti kesedaran untuk kakitangan di bawah Program Keselamatan Jalan Raya.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Tambahnya, Perodua mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana telah berkongsi pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan jalan raya dan syarikat berhasrat untuk menyebarkan maklumat dalam silibus ini kepada semua kakitangan Ibu Pejabat dalam tempoh dua tahun.

Sebagai pengeluar kenderaan yang terbesar di Malaysia, Perodua benar-benar komited terhadap keselamatan dan berharap usaha ini boleh menjadi contoh kepada negara. Perodua juga sangat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan para pekerjanya, pelanggan dan masyarakat, kerana mereka percaya keselamatan itu hak semua.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply