ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS muncul pemenang Anugerah Gangsa Anugerah Jenama Putra empat tahun berturut-turut

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi satu-satunya konsesi lebuh raya yang dipilih lebih 8,000 rakyat Malaysia untuk muncul sebagai pemenang Anugerah Gangsa Anugerah Jenama Putra di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan & Pelancongan untuk tahun keempat berturut-turut.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, kejayaan PLUS dalam memenangi gangsa empat tahun berturut-turut menceritakan jumlah komitmen syarikat dalam memastikan keselamatan para pelanggan terjamin di sepanjang perjalanan.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Para pemenang dipilih berdasarkan kaedah kajian tinjauan ke atas 8,000 pengguna dimana pengguna itu sendiri memilih jenama kegemaran mereka dalam setiap kategori tertentu. Kriteria pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan hasil kajian tinjauan ke atas tanggapan responden terhadap jenama produk, niat responden untuk membeli jenama produk tersebut, jenama dipilih dan jenama yang mereka akan syiorkan kepada rakan dan keluarga.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti jenama yang berhubung dengan pengguna melalui prestasi mereka, jenama pertama yang muncul di minda pelanggan dan sokongan serta penekanan Idea Bernilai Tinggi yang disalurkan kepada kejayaan sesebuah jenama.

Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah jenama utama di Malaysia dan ianya merupakan salah satu anugerah jenama bagi pengurus dan pemilik jenama. Dilancarkan pada 2010 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Anugerah Jenama Putra bertujuan untuk mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting dan dinilai berdasarkan pilihan pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply