ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS umum Nik Airina sebagai Pengarah Urusan baharu

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pelantikan Datuk Nik Airina Nik Jaffar sebagai Pengarah Urusan (MD) baharunya berkuat kuasa 1 Mei 2023.

Nik Airina telah berkhidmat dengan PLUS selama 10 tahun dari 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 2006.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pada 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Opus Group Berhad dan kini merupakan Pengarah Urusan UEM Builders Berhad serta Pengarah Projek Khas & Kewangan Korporat di UEM Group Berhad.

Nik Airina mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri infrastruktur pengangkutan dan penjagaan kesihatan, setelah terlibat dalam pembangunan, pelaksanaan dan operasi projek infrastruktur utama di rantau ini.

Beberapa projek utama yang pernah diceburinya termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Projek Sambungan LRT dan Lebuhraya Cikopo-Palimanan di Indonesia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif berkata, dengan pengalaman luas Nik Airina dalam menerajui pelbagai perniagaan dan kepakaran dalam operasi rangkaian lebuh raya dan pengurusan aset serta kedudukan dalam industri, pihaknya yakin beliau akan terus mengemudi PLUS dalam mencapai matlamat dan objektifnya.

“Antaranya adalah untuk memastikan kemampanan perniagaan jangka panjang, pengurusan pihak berkepentingan strategik dan operasi dan tahap perkhidmatan yang cekap untuk pengguna kami,” katanya dalam kenyataan.

Nik Airina berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Awam dari University of Miami, Florida dan kini menganggotai lembaga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply