ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buru pemandu Prevé hitam pandu melawan arus

Tular

Views

Polis kini sedang memburu pemandu kereta yang dikesan memandu secara lawan arus di Kilometer (KM) 13. 2, Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) arah utara, di Seremban, kelmarin.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya belum mengenal pasti identiti pemandu kereta hitam itu, namun sedang menjejakinya.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Kira-kira 8 malam tadi, polis mengesan satu video tular berdurasi 19 saat di media sosial Facebook yang memaparkan satu kejadian sebuah kereta disyaki jenis Proton Prevé berwarna hitam yang dipandu secara melawan arus di SPDH.

Siasatan lanjut mendapati kejadian tular itu berlaku kira-kira 11.15 pagi kelmarin. Kereta ini bergerak di lorong kecemasan secara melawan arus menuju ke arah utara.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Dalam rakaman tular itu, kenderaan itu kelihatan menghidupkan lampu isyarat kecemasan (hazard light). Nanda berkata, perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Justeru, pihak polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kereta terbabit…. Individu ini diminta untuk tampil menyerahkan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebarang makluman mengenai kejadian ini, boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban, Inspektor Sankar di talian 014-6000353.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply