ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prestasi baik Proton ‘rahmat’ buat DRB-Hicom

Berita Tempatan

Views

Prestasi cemerlang anak syarikat DRB-Hicom Bhd, Proton Holdings Bhd membolehkan konglomerat itu mencatatkan keuntungan bersih RM40.08 juta bagi suku kedua berakhir 30 September 2019. Ia secara tidak langsung membantu mereka pulih daripada kerugian bersih RM11.42 juta dicatatkan tahun lalu.

Menurut Berita Harian, prestasi sektor automotif, terutamanya pengeluar kereta nasional, Proton, jelas memberi rangsangan kepada DRB-Hicom. Sektor ini mencatatkan hasil berjumlah RM2.42 bilion bagi tiga bulan hingga September 2019, meningkat hampir setengah bilion ringgit berbanding tempoh yang sama pada 2018.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Bagaimanapun, segmen perkhidmatan dan hartanah DRB-Hicom mencatat hasil yang rendah tahun ke tahun. Pendapatan bagi sektor perkhidmatan lebih rendah kerana landskap operasi Pos Malaysia masih kekal mencabar, manakala dalam sektor hartanah, pendapatan lebih rendah diterima daripada projek pembinaannya yang berada pada peringkat pembinaan berbeza,.

Secara keseluruhan, perolehan kumpulan meningkat 12.9 peratus kepada RM3.59 bilion semasa suku tersebut daripada RM3.18 bilion sebelumnya. DRB-Hicom akan melaksanakan tempoh kewangan sembilan bulan pada 2019 berikutan keputusannya untuk memindahkan tahun akhir fiskalnya dari Mac kepada Disember.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Pada masa depan, kumpulan itu berkata ia terus bertahan dalam persekitaran mencabar yang berpanjangan, disokong sektor automotif. Dengan akhir tahun kewangan hanya berbaki sebulan lagi, Proton dan semua jenama automotif DRB-Hicom lain akan berusaha mendapatkan momentum dengan pelbagai promosi akhir tahun yang agresif serta pelancaran.

Bagi perniagaan lain, tumpuan akan kekal pada usaha pengurusan kos yang berhemat dan meningkatkan kecekapan operasi. Landskap mencabar dihadapi Pos Malaysia sedang ditangani dengan pelaksanaan keseimbangan tarif yang dijangka dimuktamadkan dengan positif untuk meningkatkan prestasi keseluruhannya. Kumpulan itu dijangka mencapai prestasi memuaskan bagi tempoh kewangan penuh sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply