ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prologue 2024 – SUV elektrik pertama Honda di negara ‘Uncle Sam’

Berita Global

Views

Meskipun model hatchback cilik, Honda e tidak ditawarkan ke pasaran Amerika Syarikat, tetapi ada sebuah model kenderaan elektrik (EV) bersaiz lebih besar bakal di tiba di negara ‘Uncle Sam’ itu pada 2024.

Model tersebut adalah Prologue, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berasaskan pelantar Ultium, yang dibangunkan oleh General Motors.

Prologue menampilkan gaya yang sama sekali berbeza, tidak seperti Cadillac Lyriq, Chevrolet Blazer EV ataupun mana-mana model emisi-sifar keluaran GM.

Model SUV ini telah digayakan oleh para pereka di Honda Design Studio, Los Angeles dan mengisi slot lebih atas dari model CR-V.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dari segi reka bentuk, Honda telah mengambil inspirasi daripada gaya rekaan “neo-rugged” dan Prologue dicat dengan warna cat yang eksklusif, dikenali sebagai North Shore Pearl.

Di bahagian belakang, Honda tidak lagi menggunakan logo “H” dan menggantikannya dengan ejaan huruf “HONDA”. Sekilas pandang, rekaan belakangnya persis Range Rover Evoque kan?

Emblem “Elite” di belakang mungkin merujuk kepada tahap kemasan, manakala “AWD” memberi petunjuk bahawa ia dilengkapi dengan sistem dwi-motor.

Menurut Honda, Prologue mempunyai ukuran dimensi 4,877 mm panjang, 1,989 mm lebar dan 1,643 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula agak besar, iaitu 3,094 mm.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dari imej rasmi yang dipaparkan, model ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 21-inci dengan enam lubang nut. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana model Cadillac Lyriq dan Chevrolet Blazer EV turut berkongsi perkara yang sama.

Rekaan kabinnya pula mengikut trend automotif semasa dengan kehadiran dua skrin besar. Salah satunya adalah kelompok instrumen berukuran 11-inci yang merupakan ciri standard.

Satu lagi skrin adalah unit infohibur bersaiz besar, 11.3-inci dan ia tidak merangkumi unit kawalan pendingin hawa yang masih lagi menggunakan butang dan tombol fizikal di bawah corong penghembus.

Butiran lanjut mengenai Prologue 2024 akan diumumkan oleh Honda dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply