ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan 109,716 unit pada 2020 – Meningkat 8.8 peratus berbanding 2019

Berita Tempatan

Views

Proton melabuhkan tirai tahun 2020 dengan berjaya mencatatkan jualan 109,716 unit kenderaan, sekali gus menyaksikan peningkatan 8.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagi bulan Disember 2020, pengeluar kereta nasional itu telah menjual sebanyak 13,306 unit kenderaan.

Pencapaian ini menyaksikan Proton menjadi satu-satunya syarikat otomotif yang berjaya mencatatkan peningkatan angka jualan di Malaysia. Proton juga berjaya menguasai sebanyak 21.1 peratus pegangan pasaran, meningkat sebanyak 4.4 peratus. Model yang menjadi tunjang utama jualan adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES), manakala prestasi X50 melebihi jangkaan walaupun pelancarannya terpaksa ditangguhkan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Kesemua model PIES telah dikemas kini pada 2019 dan ia membuahkan hasil dengan setiap model mencatatkan penjualan lebih tinggi meskipun terjejas akibat wabak COVID-19. Apabila digabungkan dengan penambahan eksport sebanyak 49.8 peratus, ini membolehkan Proton mengatasi trend industri otomotif Malaysia yang dijangka menguncup sebanyak 13 peratus.

Saga kekal sebagai model terlaris 2020 manakala gandingan model X50 serta X70 berjaya menjadikan Proton jenama SUV nombor satu di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, antara faktor yang mendorong prestasi yang memberangsangkan ini, antaranya kepercayaan dari pelanggan, sokongan kerajaan, komitmen vendor, ketahanan pihak penjual serta ketekunan kakitangannya.

Proton turut terkesan akibat COVID-19 hingga menyebabkan kelewatan stok alat ganti hingga menambahkan masa menunggu pelanggan dari segi jualan dan servis. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil bagi mengurangkan masalah ini pada tahun akan datang, namun untuk jangka pendek, beberapa kelewatan mungkin masih dialami.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Apa yang lebih penting, Proton berjaya menambah baik skor Global Customer Product Audit (GCPA) yang menunjukkan bahawa inisiatif kualitinya membawa hasil. Mereka juga berjaya melakukannya sungguhpun bahagian pemasangan amat terkesan akibat COVID-19. Dari segi eksport, Proton telah melancarkan Saga pasangan tempatan (CKD) yang pertama di Kenya dan pelancaran model itu bersama X70 di Pakistan.

Kedua-dua model ini buat permulaan akan dijual secara import sepenuhnya (CBU) sebelum ia dipasang siap di kilang baru di Karachi tahun ini. Turut menerima model Saga adalah Mesir dan Bangladesh manakala X50 pula memasuki pasaran eksport pertamanya pada 19 Disember lalu di Brunei Darussalam. Sepanjang tahun 2020 juga Proton telah membuka sebanyak 20 pusat 3S/4S yang baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 140 buah cawangan.

Tahun lalu juga menyaksikan Proton turut menyumbang kepada usaha melawan COVID-19 termasuk meminjamkan 50 unit X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, membuat dan mengagihkan 120,000 unit pelindung muka kepada barisan hadapan serta sumbangan dana, alat pernafasan dan perlatan perlindungan peribadi melalui pemegang sahamnya, Geely dan DRB-HICOM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply