ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton terus bergerak meskipun dalam tempoh PKP

Berita Tempatan

Views

Meskipun berlaku perubahan operasi syarikat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 mulai 18 Mac lalu, Proton berusaha untuk memastikan operasi hariannya berjalan lancar. Pada masa yang sama, syarikat juga mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan untuk meneruskan operasi penting yang dijalankan oleh pekerja-pekerja yang berkaitan.

Kesihatan dan keselamatan pekerja-pekerja di Proton adalah sangat penting bagi syarikat. Dengan bilangan pekerja hampir 10,000 orang, aktiviti harian dilakukan untuk memantau status kesihatan setiap pekerja dari semua peringkat. Sepanjang tempoh PKP, status kesihatan setiap pekerja dipantau sebanyak dua kali setiap hari dan jika ada pekerja yang disyaki dijangkiti, mereka akan diasingkan dan diberi rawatan sewajarnya.

Ini termasuk pada hujung minggu dan turut mengambil kira lokasi keberadaan mereka serta status kerja dalam memastikan mereka kekal produktif. Sebelum PKP bermula, semua pergerakan pekerja yang perlu bertugas di luar syarikat dihadkan bermula awal Februari 2020. Mereka yang pulang dari luar negara dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari termasuklah perlu diperiksa sebelum dan selepas tempoh kuarantin.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihak syarikat telah merangka pelan tindakan untuk membendung jangkitan ketika wabak itu bermula. Tambah beliau, semua perjalanan perniagaan ke luar negara telah dibatalkan dan beberapa jabatan perlu bekerja dari rumah sekiranya terdapat kakitangan dalam jabatan tersebut yang perlu dikuarantin dan disyaki dijangkiti.

Bagi mematuhi PKP,  semua fasiliti Proton ditutup dari 18 Mac, namun terdapat beberapa fungsi kerja tertentu yang masih perlu dijalankan. Sebagai contoh, penyelenggaraan fasiliti pengeluaran perlu diteruskan serta terdapat pusat servis terpilih untuk memberi khidmat servis kepada kereta- kereta Proton yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang beroperasi.

Bagi memastikan tiada pekerja yang ingkar arahan PKP, Proton telah memperoleh kebenaran untuk mengeluarkan surat bagi pekerja-pekerja tertentu bagi melaksanakan operasi syarikat secara terhad. Selain itu, pekerja di setiap jabatan juga perlu mengadakan perjumpaan harian dan mesyuarat bersama ketua jabatan masing-masing menerusi sidang video.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed, sebilangan kecil kakitangan telah mendapat kebenaran untuk terus bekerja di lokasi tertentu, manakala yang lain pula perlu menyesuaikan amalan kerja yang selari dengan peraturan PKP, seperti penggunaan teknologi mesej dan sidang video.

Proton juga telah meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi membawa para petugas pergi dan pulang dari tempat kerja serta menghantar mereka ke mana-mana kawasan di negara ini yang menjadi tumpuan dan memerlukan perhatian segera.

Kementerian Kesihatan menyambut baik usaha tersebut kerana ia sedikit sebanyak membantu mereka dari segi logistik. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Sri Dr Chen Chaw Min, pihaknya berterima kasih kepada Proton di atas sumbangan kenderaan tersebut kerana ia membantu usaha kerajaan Malaysia untuk mengawal pandemik COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply