ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skuad dron Aerorangers bantu PDRM pantau PKP

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook Aerodyne Group, Pengasas dan CEO, Kamarul A Muhamed berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat memberikan bantuan sokongan dalam pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19, sejak 27 Mac yang lalu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Katanya, seramai 18 pasukan dari setiap dua orang Aerorangers, telah membantu Unit Dron Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk meronda kawasan kejiranan di Lembah Klang dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Dengan menggunakan pelbagai jenis dron dan sensor bernilai hampir RM 2.5 juta, pasukan tersebut menjalankan rondaan termal, kemudahan sanitasi dan perkhidmatan penghantaran selain rondaan visual dan membuat hebahan awam.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Tambah Kamarul, apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang meminta bantuan daripada pihaknya, mereka terus bertindak. Beliau amat bangga dengan pasukannya kerana mereka secara sukarela untuk turut serta dalam projek perkhidmatan komuniti ini.

Pihak Aerodyne menyediakan segala peralatan dan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada sumbangan mereka kepada negara. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana sentiasa menjaga keselamatan semua dan Aerorangers kerana menyahut cabaran tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit Aerodyne Group

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply