ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah! GPX Drone akan tiba di Malaysia pada bulan Jun 2021

Berita Tempatan

Views
รวมจบครบในคลิปเดียว! ฟังก์ชั่นพรีเมียมบน GPX DRONE ชีวิตอิสระแบบมีดีไซน์

Nampaknya para peminat jenama dua roda dari Thailand, GPX terpaksa bersabar selama beberapa bulan lagi untuk menyaksikan kelibat skuter pertama mereka Drone untuk mendarat ke bumi Malaysia. Skuter premium hasil kolaborasi antara GPX Thailand dan SYM Taiwan yang telah dilancarkan di negara ‘Gajah Putih’ itu baru-baru ini dijangka tiba di sini pada bulan Jun tahun hadapan (2021).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Perkara ini telah disahkan oleh pengedar jenama tersebut di negara ini menerusi laman Facebook rasminya, GPX Malaysia pada 20 November lalu. Berita ini sudah pastinya membuatkan mereka yang amat menanti-nantikan ketibaan model tersebut, teruja dan menunggunya dengan penuh kesabaran.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Skuter dengan reka bentuk moden dan sporty ini menampilkan beberapa rekaan model seperti lampu depan bersama lampu siang LED (DRL) dan juga jejalur pencahayaan lampu belakang jenis LED. GPX Drone dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api silinder tunggal 149.6 cc yang digandingkan bersama transmisi CVT. Ia memiliki berat keseluruhan skuter 140 kg dan mempunyai kapasiti tangki bahan api 7.5 liter.

Skuter ini mempunyai ruang simpanan barangan di bawah pelana tempat duduk berkapasiti 18 liter yang mampu memuatkan sebuah topi keledar pelitup muka penuh (full face). Di Thailand, ia dijual pada harga 65,900 baht (RM8,895), dengan waranti selama tiga tahun atau 30,000 km. Model ini ditawarkan dengan enam pilihan warna yang menarik dan ranggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply