ARKIB

KATEGORI

Buletin

Salah guna pas barisan hadapan milik isteri, pengurus restoran makanan segera didenda RM1,000

Berita Tempatan

Views

Masih ingat lagi tak kejadian seorang individu yang menyalahgunakan pas barisan hadapan milik isterinya untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Bernama melaporkan, individu tersebut yang merupakan seorang pengurus restoran makanan segera didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shukri Salim, 34, selepas dia mengaku bersalah bergerak dari Jalan Pasar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Domino’s Pizza Medan Putra, Alor Setar, Kedah pada 11.30 pagi, 16 April lepas, sewaktu PKP fasa ketiga.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira perbuatannya dilihat dengan sengaja melanggar PKP. Katanya, ketika majoriti rakyat Malaysia yang lain masih patuh untuk duduk di rumah, tindakan OKT ini dianggap ingin menggagalkan usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan atas alasan tertuduh telah memberikan kerjasama sewaktu siasatan dan hadir ke mahkamah hari ini dari Pulau Pinang.

Kata peguam tertuduh, anak guamnya telah insaf dan memohon maaf atas perbuatan tersebut. Difahamkan, kes itu tular kerana tertuduh membuat status dalam laman Facebooknya bahawa dia telah melepasi sekatan jalan raya kerana menggunakan pas barisan hadapan milik isterinya dan statusnya itu dibaca oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membuat laporan polis di Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply