ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dibenarkan memandu walaupun lesen memandu tamat tempoh semasa PKP

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan walaupun Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lesen memandu mereka telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian. JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik koronavirus (COVID-19). Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.

Menurut JPJ, pihaknya akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian secara beransur-ansur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply