ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penasihat jualan Toyota di Indonesia mula ambil tempahan Yaris Cross? Debut sulung global Isnin depan

Berita Global

Views

Semalam kami menyiarkan artikel mengenai PT Toyota Astra Motor (TAM) yang dikhabarkan bakal membuat pengenalan sulung global model terbaharunya, iaitu Yaris Cross.

Model dengan namakod B-SUV itu dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B). dan dikatakan mempunyai rekaan dan spesifikasi yang berbeza dengan Yaris Cross versi Eropah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pesaing kepada Honda HR-V, Mazda CX-3, Wuling Alvez, dan Hyundai Creta ini akan ditawarkan dalam dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu petrol dan juga hibrid dengan harga bermula dari Rp350 juta (RM105,173).

Versi petrol Yaris Cros (DNGA-B) ditawarkan dalam empat varian, manakala versi hibrid pula ditawarkan dengan dua varian.

Tempahan boleh dibuat mulai sekarang dan dijangka penghantarannya akan bermula sekitar bulan Jun nanti.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Model dengan tagline “Icon of Urban Cruiser“ ini berkemungkinan mempunyai pertalian dengan bakal SUV baharu Perodua, iaitu D66B.

Model SUV segmen-B terbaharu Perodua itu dijangka diperkenalkan pada bulan Jun 2024. Bakal pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L sahaja buat permulaan.

Varian hibridnya dijangka menyusul sedikit lewat dan Perodua juga telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak 29 April 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply