ARKIB

KATEGORI

Tular

Tertekan injak pemecut, peniaga pulut udang maut dirempuh Proton Saga dipandu suami sendiri

Tular

Views

Seorang peniaga pulut udang maut dilanggar kereta yang dipandu suaminya dalam kemalangan di Kampung Bukit Tukang Jusoh, Pantai Merdeka, petang tadi.

Laman Facebook Dataran Tsunami Venture melaporkan, mangsa Mak Ngah Saadiah Saad, 69, maut di tempat kejadian, dirempuh Proton Saga dipandu suaminya dipercayai tertekan injak pemecut ketika sedang menghidupkan enjin kereta dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurut saksi, Mak Ngah berada di hadapan kereta ketika suaminya menghidupkan enjin. Secara tiba-tiba kereta meluncur ke depan lalu melanggar Mak Ngah Saadiah hingga menyebabkan mangsa terperosok di bawah kenderaan..

Saksi berkata, sebelum kejadian dia sedang bersembang dengan mangsa yang meletakkan kereta di depan rumahnya untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Tambahnya, selepas suami Mak Ngah Saadiah, dia masuk ke rumah bersama cucu dan tiba-tiba terdengar dentuman kuat di hadapan rumah. Dia terkejut melihat Mak Ngah dilanggar dan terperosok di bawah kereta.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Penduduk kampung yang turut terkejut dengan kejadian itu terus membantu mengeluarkan mangsa dari bawah kereta.

Sementara itu, sumber polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berkata, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, siasatan awal mendapati ia adalah kes kemalangan.

Mangsa dan suaminya berumur 79 tahun sebelum kejadian menghadiri majlis perkahwinan penduduk di kampung itu. Mangsa dikenali ramai kerana membuka gerai menjual pulut udang di Kampung Telok Amboi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dataran Tsunami Venture

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply