ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tertekan pedal minyak, Myvi rempuh balai polis

Berita Tempatan

Views

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita telah merempuh Balai Polis Ketereh, Kota Bharu, pagi tadi. Menurut Harian Metro, kejadian jam 10.15 pagi itu turut mengakibatkan seorang lelaki yang ingin berurusan di balai polis itu patah tulang hidung dan cedera di muka.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita berusia 55 tahun itu dari Kampung Pasir dan ingin ke Kok Lanas. Jelas beliau, ketika tiba di lampu isyarat dan ingin meneruskan perjalanan, wanita itu tertekan pedal minyak sebelum terlanggar sebuah kereta di hadapan dan kemudiannya merempuh balai polis.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Kata Abdul Rahim, kenderaan itu juga turut terlanggar seorang lelaki yang ingin berurusan di kaunter menyebabkan mangsa yang berusia 49 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Beliau berkata, banyak kerosakan berlaku membabitkan kaunter, bahagian hadapan balai dan peralatan komputer. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, adik mangsa, Afendi Ismail, 40, berkata dia menerima panggilan telefon dari abangnya, Anuar Ismail yang memberitahu dia dilanggar kereta di dalam balai polis berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Dia berkata, abangnya yang juga pesara tentera ke balai polis itu bertujuan mendapatkan surat pelepasan untuk pulang sementara ke Bentong, Pahang bagi melihat keadaan rumahnya di sana. Katanya, dalam keadaan kesakitan, abangnya masih mampu menelefonnya menyuruh agar segera ke balai polis kerana dia dilanggar kereta.

Tambah Afendi, sebaik sampai, dia terkejut melihat ramai orang termasuk anggota bomba hadir ke lokasi dan lebih terperanjat dengan keadaan balai polis yang teruk akibat rempuhan. Abangnya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans dan selepas dibuat imbasan sebentar tadi, doktor mengesahkan tulang hidungnya patah dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply