ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angkara pemandu mabuk, dua sahabat maut

Berita Tempatan

Views

Selang beberapa hari, kejadian pemandu mabuk merempuh sebuah motosikal hingga mengakibatkan lima beradik kehilangan bapa, awal pagi tadi kes yang hampir sama berlaku sekali lagi di Pulau Pinang. Kali ini, dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh pemandu mabuk, di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, yang bekerja sebagai juru elektrik dan pembonceng, Muhammad Amin Najmi Azaman, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Paya Keladi Hujung, Kepala Batas.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu pemandu seorang wanita berusia 47 tahun melanggar belakang motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggangi mangsa menyebabkan kedua-dua mereka parah di kepala dan badan.

Katanya, ketika kejadian jurujual produk kesihatan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kepala Batas dari sebuah pusat karaoke di Jalan Raja Uda. Jelas Noorzainy, apabila tiba di KM13 BORR arah Sg Dua, wanita itu melanggar bahagian motosikal menyebabkan pembonceng dan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala, manakala motosikal mereka terbakar.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Mayat kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat. Noorzainy berkata, wanita itu sudah direman pagi ini untuk siasatan lanjut. Menurut beliau, hasil ujian alkohol yang dijalankan mengesahkan dia memandu di bawah pengaruh alkohol namun, air kencing negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan (APJ) 1987. Kejadian seumpama itu adalah yang kedua dalam tempoh tiga hari membabitkan pemandu mabuk di negeri ini. Awal pagi Ahad lalu, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, berhampiran susur ke Perai, dekat Bukit Mertajam.

Dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi itu, Khairizul Mohamad Noor, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Zuriana Hasan, 36, yang parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply