ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aveta Ranger 110 – Kapcai ‘togel’ dengan harga RM3,546

Berita Tempatan

Views

Aveta Global Marketing Sdn Bhd (Aveta) telah melancarkan model terbaharunya, Aveta Ranger 110 ke pasaran tempatan. Menurut Berita Harian, model ketiga dari syarikat itu dijual pada harga RM3,546.10 atas jalan termasuk insurans. Model kapcai ‘togel’ yang agak unik ini telah mula diedarkan kira-kira 70 wakil jualan di seluruh negara.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Aveta Ranger 110 dipasang sepenuhnya secara pemasangan tercurai (CKD) di fasiliti pengeluaran di Setia Alam bersama dua model lain, DY90 dan RX110. Model terbabit menggunakan spesifikasi enjin empat lejang silinder tunggal yang bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar.

Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 7.8 kuasa kuda atau 6.5kW pada 7,500 rpm dengan daya kilas maksimum 9Nm pada 5,500 rpm. Kapcai ini menggunakan pemacuan rantai dengan empat kelajuan di samping kapasiti tangki 3.5 liter. Model berkenaan didatangkan dengan sistem penghidup elektrik dan enjutan dengan sistem pencucuh CDI, manakala dimensinya pula 1850 mm x 660 mm x 1070 mm.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Aveta Ranger 110 menggunakan saiz tayar 2.25 – 17 (depan) dan 2.50 – 17 (belakang) digabungkan dengan sistem brek drum depan dan belakang. Sesi tunggang uji telah dilakukan terhadap Aveta Ranger 110 dan ia  dikatakan telah memenuhi spesifikasi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Selain dari model Aveta Ranger 110, syarikat itu juga dipercayai sedang menguji beberapa model baharu lagi yang dijangka diperkenalkan tahun 2021. Buat masa ini masih belum dapat dipastikan apakah jenis model dan kapasiti motosikal yang bakal diperkenalkan kerana ia masih di peringkat akhir bagi pengkelasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motorev

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply