ARKIB

KATEGORI

Tular

Bertumbuk tengah jalan – Dah selesai cara baik

Tular

Views

Semalam tular satu video yang memaparkan pergaduhan antara beberapa individu di tengah-tengah jalan yang dikatakan berlaku di Bentong. Video tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Twitter Ikmal Zaid dah mendapat lebih sejuta tontonan dan 16 ribu ulang kicau (retweet).

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Sebenarnya pergaduhan ini berpunca daripada sikap baran jalanan. Menurut mangsa yang dikenali sebagai Shazmie RajaProperty, kejadian berlaku semasa dia nak masuk ke jalan utama dari jalan simpang. Masa itu jalan tengah sesak dan seorang pemandu wanita tidak membenarkannya untuk masuk dan membunyikan hon tanpa henti.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Akhirnya dia mengalah dengan memberi laluan kepada wanita tersebut dan hon kembali kepadanya. Secara tiba-tiba pemandu wanita tersebut keluar dari keretanya lalu membuka penutup tingkap (mungkin air press) dan terus menamparnya. Dia membalas dengan menendang wanita itu dan kemudian datang beberapa lagi lelaki mengepung dan membelasahnya hingga terjatuh.

Kejadian itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah. Namun setelah beberapa jam video ini tular dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet, mereka yang terlibat dalam kejadian ini telah mengadakan pertemuan empat mata. Masing-masing telah memohon maaf atas apa yang berlaku dan berdamai dengan cara baik.

Semoga kisah ini dijadikan iktibar kepada semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply