ARKIB

KATEGORI

Tular

Dijemput Ilahi semasa menunggu isteri

Tular

Views

Seorang isteri yang menghadiri temu duga sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Bangsar semalam, mendapat perkhabaran duka setelah suaminya meninggal dunia di dalam kereta semasanya menunggunya bersama tiga orang anak mereka.

Menceritakan detik pilu tersebut kepada Harian Metro, Nurul Ain Mohd Razip, 31 berkata dia terkejut setelah panggilan telefonnya disambut anak sulungnya yang menangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri. Suaminya, Mohd Ashraf Rosli, 35 sebelum itu memaklumkan kepadanya yang dia mengalami sakit di dada ketika menghantarnya.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Tambahnya, ketika sedang menunggu giliran, dia berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya. Kira-kira 3.45 petang, dia menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab.

Dia juga terkejut apabila panggilannya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak. Nurul Ain berkata, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kecemasan. Selepas menemui kereta suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kecemasan untuk bantuan namun tiada respons.

Suaminya kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah suaminya akan dikebumikan di Bercham, Ipoh sebaik bedah siasat selesai dijalankan hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ujar beliau, mayat mangsa  telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Tambahnya lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply