ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua lelaki menyamar sebagai polis samun pengguna jalan raya diburu

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu dan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di Bukit Mertajam, sebelum menyamun pengguna jalan raya dalam kejadian awal pagi Isnin.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata dalam kejadian pada 6.10 pagi itu, seorang lelaki berusia 42 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Kulim, Kedah menjadi mangsa kedua-dua lelaki terbabit.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech sedang memandu kereta dari rumahnya di Taman Kota Permai 2, berhenti pada sekatan jalan raya di Jalan Sungai Lembu kerana dua lelaki memakai vest kuning tertera logo Polis Diraja Malaysia yang mengarahkan kenderaannya berhenti.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Tambah beliau, sebaik memberhentikan kereta dan menurunkan cermin tiba-tiba seorang daripada lelaki itu cuba menarik rantai emas dipakai mangsa dan pada masa sama suspek mencederakannya menggunakan objek tajam.

Beliau berkata mangsa yang terkejut terus memecut keretanya menuju ke Hospital Kulim kerana mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan dan menerima rawatan tiga jahitan. Katanya usaha mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply