ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran awal Proton X50 R3 Limited Edition

Gambaran Artis

Views

Umumnya kita semua sudah ketahui, ada dua model yang sudah sah ‘menyarung jersi’ R3 Limited Edition iaitu Iriz dan Saga. Jika Proton berhasrat untuk mengeluarkan X50 R3 Limited Edition pada masa akan datang adakah anda teruja untuk meraikan kehadiran model tersebut?

Tapi setakat ini, kami belum mendengar ura-ura mengenainya, kerana masih terlalu awal untuk menawarkan varian baharu pada model tersebut. Lagipun Proton pun kini sedang bertungkus-lumus untuk memastikan penghantaran model tersebut secepat yang boleh kepada pemiliknya.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Jadi, sahabat kami yang berada di seberang Tambak Johor, Theophilus Chin yang sememangnya ‘mahaguru’ dalam manipulasi foto telah bermurah hati dan sudi berkongsi karya terbaharunya, iaitu X50 R3 Limited Edition.

Dengan merujuk kepada foto-foto yang ada, X50 R3 Limited Edition versi Theo mempunyai kesinambungan dengan model-model yang menunggu masa untuk dilancarkan itu, terutama sekali warna badan hitam dengan calitan kuning di beberapa bahagian, antaranya bentuk busur (Ethereal Bow) pada jeriji depan, cermin sisi, spoiler belakang dan juga bampar.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Warna rimnya juga diberi kemasan berwarna gelap dan kemasan krom pada bingkai tingkapnya juga digelapkan bagi memberikan imej yang lebih garang dan sporty. Walaupun rimnya berwarna gelap, namun angkup brek masih mengekalkan warna asalnya, merah manakala skirt sisinya pula dihiasi dengan kombinasi warna kuning sama seperti sama kit aksesori tambahan pada model Saga Anniversary Edition.

Tidak ketinggalan, emblem logo R3 dengan kemasan kuning telah mengambil alih tempat emblem TGDi pada model semasa. Apa yang penting, tiada lagi rupa ‘Angry Bird hitam’ seperti Iriz R3 Limited Edition dan ia nampak ada potensi untuk dihasilkan. Apa pendapat anda mengenai karya terbaharu Theo ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif