ARKIB

KATEGORI

Tular

Giliran MPPD pula kompaun penjaja jeruk jalanan

Berita Tempatan

Views

Selepas di Taiping, kini giliran sekumpulan penjaja jeruk di lampu isyarat di Port Dickson pula dikenakan kompaun kerana berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan. Menurut Sinar Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, pihaknya melarang mana-mana individu menjaja di lampu isyarat bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Katanya, MPPD menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya yang tidak selesa dengan kehadiran peniaga terbabit, selain aduan daripada masyarakat setempat yang bimbang dengan keselamatan mereka. MPPD telah banyak kali memberi amaran sebelum ini dan menasihatkan mereka supaya berniaga di tempat yang dibenarkan, namun mereka masih berdegil.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Jelas beliau, tindakan drastik terpaksa diambil demi keselamatan mereka. Beberapa barang niaga juga disita dan MPPD telah pun menasihatkan mereka supaya tidak lagi berniaga lagi di situ. Mohd Zamri berkata, isu berniaga di lampu isyarat merupakan perkara yang berlaku hampir seluruh negeri.

Ujarnya, isu keselamatan merupakan perkara penting yang perlu diutamakan, manakala pihaknya perlu mencegah perkara tersebut sebelum sebarang kejadian buruk berlaku. Hari ini, tular sebuah video di media sosial berdurasi 12 saat menunjukkan anggota MPPD berjumpa dan menyita jeruk serta barang niaga penjaja yang meniaga di lampu isyarat sekitar daerah ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply